Saturday 22 September 2012

Kesalahan Ayat ting 4&5


Latihan 10
Betulkan dua kesalahan umum yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.
  1. Masalah tercicir di kalangan pelajar semakin berkurangan pada masa ini.
  2. Sekalian para pelajar IPTA digesa supaya bersedia menghadapi cabaran dari semasa ke masa.
  3. Dua hari yang lalu,saya menerima daripada abang saya surat,tetapi sehingga  hari ini saya belum kesempatan untuk membalasnya.
  4. Wang biasiswa tidak wajar disalah gunakan oleh para pelajar untuk membeli barang-barang yang tiada kaitan dengan pengkajian mereka.
  5. Hujan lebat yang turun tanpa henti-henti sejak semalam menyebabkan air sungai melimpah tebing.
  6. Akhirnya lelaki yang menculik akan anak hartawan itu menyerahkan diri setelah pihak polis memberikan amaran kepadanya yang dia telah dikepung.
  7. Pengarang majalah sekolah telah berusaha untuk mewawancara bekas pelajar yang telah berjaya jadi ahli korporat yang bernama.
  8. Seramai enam orang awak-awak bot nelayan yang malang itu telah berjaya polis marin selamatkan.
  9. Kebanyakan pengusaha gerai makanan hanya mementingkan keuntungan tanpa menghirau kebersihan dan kuantiti makanan tersebut.
  10. Masalah bekalan air bukan berlaku di Johor Bahru sahaja,lain-lain negeri juga tidak terlepas dari masalah tersebut.

No comments:

Post a Comment